Make your own free website on Tripod.com

IT CARE & CURE ENTERPRISE
making affordability possible

 

Selamat datang ke laman web syarikat IT CARE & CURE ENTERPRISE. Di sini anda akan mendapati pelbagai produk syarikat ini yang berteraskan di atas konsep mampu beli dimana segala produk syarikat ini menawarkan isi kandungan yang banyak pada harga rendah yang menakjubkan dan dijamin murah.Segala produk-produk kami ini akan bertumpu kepada bidang teknologi maklumat.

Buat permulaannya syarikat ini menyediakan produk sulung iaitu Media Islam dalam bentuk audio CD dan video CD yang hanya boleh dimainkan pada komputer sahaja.  Insya-Allah, dengan izin Allah, perkhidmatan-perkhidmatan IT yang lain akan ditambah dari masa ke semasa seperti pembinaan laman web bagi individu dan syarikat-syarikat kecil & sederhana, bimbingan pembelian komputer, pembaikian komputer, tutorial komputer, dan sebagainya di atas konsep mampu bayar atau beli, Insya-Allah.

Tujuan yang utama dan yang penting produk Media Islam ini bukanlah untuk perniagaan semata-mata tetapi untuk menyebarkan ilmu-ilmu Islam dalam memberi fahaman Islam yang sebenar. Jadi dengan yang demikian anda akan mendapati bahawa untuk sedikit wang yang anda sumbangkan anda akan menikmati lautan ilmu yang luas dengan penjelasan dan penerangan audio daripada mereka(ustaz) yang berilmiah dalam agama kita. Konsep perniagaan media-media Islam syarikat ini adalah di atas tiga konsep; 

  1. Berhibur
  2. Belajar
  3. Beramal jariah

Anda akan merasai ketiga-tiga konsep dimana konsep media-media Islam ini akan menghiburkan anda dengan maklumat-maklumat mengenai Islam dari semua segi. Isi kandungannya tidak membosankan malah penuh dengan pengajaran dan pengiktibaran yang berkesan hingga ke jiwa. Insya-Allah akan terasa kemanisannya. Segala maklumat atau isi kandungannya merupakan yang bermanfaat dan berilmiah sahaja. Di samping itu 15% daripada wang yang anda salurkan untuk setiap CD akan disumbangkan pada badan-badan kebajikan Islam atau kepada mereka yang memerlukan, Insya-Allah. Semua sumbangan yang telah dilakukan akan dipaparkan dalam laman web Senarai Amal Jariah setiap 2 bulan sekali, Insya-Allah.